BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 26, 2009

Arau Dapat Baby Boy No. 2

Tahniah untuk Saiful Azwan @ Arau yang baru saja dapat baby lelaki baru (no.2 dah..). Wife Arau dengan jayanya telah melahirkan anak kedua mereka ini di Selangor Medical Centre (SMC) Shah Alam pada 25 Mei 2009. Selepas wife dia dah berjaya lahirkan anak dia.. dia pon bagi nama Taufik bin Saiful Azwan.

Perhatian: Taufik sila suruh bapak hang hantar/email hang punya gambar kalau ada..nanti bolehlah buh dalam blog ni.. ok ..mekasih yerrr.

Thursday, May 7, 2009

Allunan Symfonny Studio - dimiliki oleh Permatha Pathah Production


Geng... studio jamming aku kat sunway mentari... dtg la lepak.. ada sesapa yg masih lagi terasa nak berjamming... leh main dont look back in anger.. hahaha... akhirnya... tercapai jugak cita2 aku nak bukak studio.. punya la lama.. sejak zaman jalan kaki dr pekan kuala perlis pegi ke studio.. time mintak tolong dgn `abuya aka haram jadah` utk main kat studio kesatria - kononya dia ada connection la bole jamm slalu.. kencing je lebih, zaman aku jumpa junior2 kat gerai lepak pastu gi jamm sama sama kat bandar kangar, zaman aku bwk gitar, gadjet, amp aku ke halban pastu simpan dlm bilik rozes, zaman main dinner dib dgn rozes, jalal, n kawan baik rozes, zaman jamm dgn rozes, cupin, zaini, jalal, nuaq (penyanyi), mamat, ada lagi.. zaman aku record lagu untuk awek x dapat ... dgn rozes n mamat kat bilik mamat... zaman mula2 dulu pakai gitar acoustic effie kat dlm bilik kempas tingkat 3 sebelah tandas record lagu "cookie jar" dgn dean, dean time tu ketuk tin biskut... rasanya dah dekat 15 thn cita2 aku.. baru skang dapat.. x pe la.. alhamdullilah je la...