BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 10, 2007

s3L4maT H4r1 R4y4!

Geng, sempena bulan baik hari baik ni, aku dengan segala hormat dan penuh kesyukuran ingin mengucapkan selamat hari raya kepada korang semua. anggaplah apa yang berlaku pada kita semua hanya dugaan dan cabaran kerana itu menandakan bahawa yang Maha Esa sedang menguji kita dan sedang melihat kita. itu bermakna Dia concern pada kita. jadi janganlah kita berpaling tadah dan berpatah arang kerana sesungguhnya kita ini hakNya.
pd sesiapa yang balik raya di kampung halaman, berhati hati la di jalan raya sebab aku x mahu masukkan lagi al-fatihah kawan2 aku dlm blog ini. time raya nanti berpada pada la makan sebab aku tau din mungkin makan ala kadar sebab dia sibuk dengan kedai dia. tah tah hari raya pun dia kerja!!... ehheheh. sapa yang utara nak balik selatan, yang selatan nak balik utara sebab kawin dengan org sana, pandai pandai la bawak balik buah tangan... mana yg nak balik perak atau kedah jangan lupa utk masuk keja awal, kalu ada yang nak balik terengganu, pahang n kelantan tu, bawak la balik kepok ke, budu ke, sata ke ... yang mana duduk penang/utara tp nak balik penang jugak (almaklumla kawin org penang / utara juga) bwk2 la besabar sebab penang tu dah kira utara, utara tu kira mcm penang la jugak. org johor kalu beraya pun kat johor, raya la bebaik jangan pulak gi singapore tu, sana raya x best, --- dah abis ke aku cover semua semenanjung... jadi pada sesapa yang beraya kat kl tu, nasib la.. sebab kl ni bukannya ada apa pun, mamat bangla, vietnam, indon, filipina, bersepah la kat kota raya, klcc, pertama sebab time tu la mereka pun sibuk 'nak beraya' almaklumla .. kampung lagi jauh daripada hangpa semua... bukan apa, aku sebenarnya pun terpaksa beraya kat kl ni sebab tahun ni giliran beraya kat kl... huuuueheuuuuu.. sedey la jugak... maknanya raya nanti aku tengok sarkis je la kat tv...
sesapa yang baru masuk blog lepas raya ni... aku ucapkan juga selamat...
akhir kata, selamat hari raya maaf zahir batin n jumpa after raya...

7 comments:

s.k. said...

hang tak kaver sabah n sarawak lg ni.. takde coverage ka?

Unknown said...

selamat ari rayer tk suma..... maaf zahir n batin..man2 blik kampung 2 hati2 a yek

acai said...

selamat ari raya & maaf zahir batin.

wassalam

rozes said...

saya 064708 prebet aLoi dari WarDieBurn Camp KoR Semboyan
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf ZahiR & Batin..

Buat Emak & Abah serta adik2 - angah, alang, uteh, uder, acik , ucu.
Tahun ini buat kali ke-3 alonG tidak dpt pulang berhari Raya bersama kerna bertuGas utk negara.. Along doakan isk ..isk ..
semua berada dalam keadaan sihat & bergembira di Hari Raya ini..

Buat isteri tercinta Shareena & anak2 Fatin Farhana & Farees Farhan.
anak2 abah, abah kena keja la.. nnt abah bawak balik bunga api dgn mercun bom bulan depan..
sayang, kenanglah daku dalam doamu. jangan ditangisi pengorbananku ini. ini semua takdir.

ya kepada kawan2 se-perjuangan.. sebenarnya Hidup ini lah perjuangan. jgn patah semangat.. teruskan usaha, berpijak lah di bumi nyata. semoga keTenangan & bahagia dikurniakan olehNYA.

Ampun maaf Rohaniah & Lahiriah.. Halalkan makan & minum, semoga berjumpa lagi.. Allahu AKbar .. AllahuAkbar.. AllahuAkbar..
WaliLLah-HiLham

p/s: nasib baik aku tak jadi sojar.. ROTU pun tak abis ehehehehe

yusrichu said...

selamat hari raya daripada kami diperantauan. uteh and famili,london

deen said...

Geng !!!
Slamat raye suma
Maap byk2 la yer...

arau said...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin